Where are you??

Monday, December 20, 2010

Al-Fatihah untuk akh mas afzal

Adik2 akak sayang..
Akak xtau kenapa..
Tapi Allah telah gerakkan hati akak untuk share blog ini dengan adik2..
Blog akhi mas afzal.
Beliau baru je meninggal 18 hb lalu.
Seorang yang sangat hebat bukan sahaja dalam dakwah tapi juga dlm pelajran.
seorang doktor lepasan uni di UK.
Mungkin adik2 boleh baca blog dia untuk dijadikan panduan dalam perjuangan adik2 di sana nanti.
Bacalah juga komen2 yang diberikan kerna kita juga perlu belajar dari orang lain
Setiap kali baca blog dia, air mata pasti bergenang.. Kenapa org yg begitu hebat ini begitu cepat hilangnya di dunia ini. Tapi yg pasti Allah tahu yang terbaik..Kita yang masih hidup ayuh teruskan perjuangan!!!!!

read more “Al-Fatihah untuk akh mas afzal”

Monday, July 26, 2010

Kehilangan itu...

Salam alaik ..

Lama sudah saya xmencoretkan sesuatu di sini. Bukak tidak mahu tapi ada yang lebih penting untuk di lakukan. Afwan ya sahabat sahabiah. Tapi hari ini saya kuatkan juga hati, rajinkan diri utk mencoret sesuatu. Saya ingin menceritakan kesedihan saya minggu ini. Maaf, saya rasa saya perlu meluahkan di sini. Saya tidak mahu nanti saya lupa perasaan ini

Last weekend saya ada program dekat Tjg Malim. Malam sabtu saya dapat mesej dari adik saya (dia bukan adik sebenar saya, tp hubungan kami lebih dari adik beradik darah daging). Mesje dia berbunyi begini.

“Salam kak fara,kita balik kuantan nenek sakit tenat sekarang. Kak fara doakan ea.”

Ya Allah, aku betul2 terkejut. Aku takut, takut kepada sebuah kehilangan. Cukuplah kehilangan seseorg yg aku sayang walaupun ia bukan kehilangan selama2nya..Ini kan kehilangan selama2nya. Kenapa aku perlu begitu rasa takut?mati itu pasti bukan?? Ya mati itu pasti, tp fikrah semulajadi manusia utk takut berasa kehilangan itu. Kenapa nak sedih2 dgn nenek orang pulak?nenek sendri xde ke??? Ya, saya amsih ad nenek sendri, tapi nenenk ini langsung tidak sama dengan nenek sebenarnya. Terlalu banyak jasa dia kepada saya dan keluarga saya. Terlalu banyak. Jika di hitung tidak terkira. Dari aban2 ku, akakku2 sehinggalah aku..Nenek itu, menganggap kami bagai anak sendri…Dia juga merupakan guru mengaji. Aku boleh membaca al-quran kini, adlh dia asbab nya..Allah menjdaikan dia asbab nya.. Kini setiap kali aku membuka al-quran untuk membaca, pasti air mataku akan tertumpah dahulu.. Aku akan teringat kembali bagaimana dia mengaja aku mengaji quran. Kalau aku xdpt dia akan pukul rotan dia, tp bukn pada badanku, hny di atas lantai supaya aku lebih serius lagi utk belajar. Kadang2 kalau aku tidak lancer dia akan suruh aku ketepi memberi laluan utk yang membaca al-quran. Terkulat2 aku ditepinya sambil cuba melancarkan bacaan..Aku rindu suasana itu…..

Kalau bukan dia asbab megajarku mengaji quran, aku tidak akan mampu utk membaca al-quran seperti skrg. Aku tidak akan mampu, utk tadabbur ayat bersama akhwat semua, aku xakan mampu utk sharing ayat2 best dgn antenna semua. Betapa dia bnyk berjasa pada aku. Bukan sahaja dari segi mengaji quran, dari segi kewangan, dari segi nasihat xlupa juga kalau aku sakit dia juga yang akan sibuk menolong. Aku saying dia lebih dari nenekku. Masih terngiang2 kali terakhir aku jumpa dengannya waktu itu dai sudah tidak berapa sihat, terlantar atas kerusi. Dia cakap “fara, nape kau jarang tengok aku, kau xsayang aku dah ke?kau xingat aku dah ke”..Aku sebak sgt waktu tu. Aku xmampu nak berkata ape2. Tp ketahuilah nek, aku xjenguk bukan sebab aku lupa, aku xjenguk bukan sebab aku xsayang, aku xjenguk bukan sebab apa. Aku ada sesuatu yang lebih besar untukku selesaikan, dan aku dapat semua ini dari kamu. Ketahuilah aku sedang membina individu2 muslim dan dalam masa ang sama aku sedang membina diriku juga untuk menjadi individu muslim. Nek, insyaAllah, nek juga akan dapat sahamnya. Sebab kalau bukan nenek antara asbabnya, aku tidak akan faham al-quran dan aku tidak akan tahu t/jawab kita sebagai mulim yak ni sebagai hamaba dan khalifah. Terima kasih nek. Maaf sebab aku tidak berpeluang utk mengatakan ini kepadamu. InsyaAllah nek, doaku akan sentiasa bersamamu. Aku masih ingat nasihatmu padaku agar belajar rajin2. Nek sentiasa risaukan jodoh aku. Katamu,nek taku aku jadi andartu. Aku hanya gelak. Aku jawab kalau ada jodoh xkeman nek doa2kanlah aku agar dapat jodoh yang baik. Nek cakp, nek sentiasa doakan aku. Tp sekrg aku kurang satu doa. Doa dari nek. Sape lagi yg sanggup doakan aku selain ibu dan ayahku dan keluarga. Nek, doamu sentiasa aku dambkan..Tp kini aku kehilangaannnya nek…Aku sedih nek, sedih kerana aku tidak dapt menatap wajamu utk kali terakhir nek..(xsanggup utk menyambung..cukupla..aku dh xnnmpk keyboard..yg ada hanyalah samar2)

Doakan agar nenekku ditempatkan di kalangan org2 soleh ..

read more “Kehilangan itu...”

Monday, April 26, 2010

Lelaki itu...Wujudkah kamu??

Lelaki yang baik itu
Akan melamarku melalui ayah dan ibuku
Akan memetikku dari taman mereka
dengan penuh rasa hormat
dengan penuh rasa kasihkan Allah

Lelaki yang baik itu
Akan menjaga pandangan matanya
Akan menegurku dengan hemah
tidak akan menyentuhku selagi bergelar lelaki ajnabi buatku
tidak akan memilikiku tetapi mendidikku

Lelaki yang baik itu
Tidak perlu mengukir kata indah penuh lalai
Tidak perlu mengungkap kata cinta setiap hari
Tetapi akan selalu mengajarku mengucapkan kata cinta pada Allah
Akan selalu menyusun kata indah dan berseni menegur khilafku

Lelaki yang baik itu
tidak akan merasa gah dengan kuasanya
tidak akan mengaku dirinya sempurna
hanya peribadi dan iman penambat hati
kerana kumahu lelaki yang mampu membimbingku

Tetapi layakkah peribadi dan imanku memiliki kamu?
Semoga DIA mendengar permintaanku
Semoga DIA memakbulkan doaku
Kerana lelaki baik itulah yang akan mengimamkan solatku
kerana lelaki baik itulah yang kudamba sebagai suamiku.

Ilham: Siti Nurhayati Binti Dollah

read more “Lelaki itu...Wujudkah kamu??”

Tuesday, April 6, 2010

Kahwin ..


“Perkahwinan itu bukan perlawanan bola sepak. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, terus disepak sekuat hati sejauh mungkin. Sebaliknya perkahwinan itu biarlah seperti permainan ragbi. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, dipeluk digenggam dan tidak dilepaskan sama sekali” -saifulIslam.com



read more “Kahwin ..”

Monday, April 5, 2010

Open Your Eyes :- Maher zain

video

read more “Open Your Eyes :- Maher zain”

video

Saya xtau..saya rasa sedih bila dengar lagu ni

ermm...

read more “ ”

Sunday, April 4, 2010

Ibrah dari ujian itu

Assalamualaikum semua,

May be lepas ini akan mula menulis semula.Selepas berbulan-bulan meninggalkan blog ini bersawang .:).Actually 4 bulan yang lalu, saya terlalu sibuk dengan master saya. Jadi adakah saya sudah selesai master saya?.Tidak..tidak..masih banyak yang perlukan di lakukan.Doakan saya ya, sahabat-sahabat.Tapi, apa yang saya nak kongsi disini, adalah apa ibrah yang saya dapat dari proses saya menyiapkan proposal master ini.Saya rasa amat tertekan sebenarnya. Saya sering mempersoalkan kemapuan diri saya. Mampu ke saya? Saya sering memandang rendah pada diri saya. Sehinggalah satu hari saya kemukan soalan kepada sahabat-sahabat saya.

“Adakah bila kita buat sesuatu keputusan, dan sampai satu tahap, kita rasa kita tidak mampu untuk melakukannya. Then, kita terasa kita mahu berhenti. Adakah itu dikatakan kita putus asa”

Dalam banyak-banyak jawapan, saya suka jawapan seorang akak ni

“Awak dah ada dekat jalan itu. Allah dah TAKDIRkan awak ada kat jalan itu. Awak sendiri pun tahu kan surah al-baqarah ayat 286 which is Allah xkan bebankan sesuatu ujian pada hambaNya melainkan hambaNya mampu melakukannya..so, awak memang boleh melakukan…Cuma mungkin process dia lambat untuk awak boleh buat, apa yang awak boleh buat adalah usaha dan terus berusaha..Lagi satu, ka nada dalam surah ar-ra'd ayat 11 , Allah cakap, Allah xkan ubah sesuatu kaum melainkn kaum itu yang berusaha untuk mengubah diri mereka..same goes to u…usaha untuk mengubah diri..jangan risau…awak boleh buat…tinggal lagi USAHA..just proceed…Islam sekarang perlukan umat-umat Nya berada ditempat yang TINGGGI…sebab ISLAM itu sendiri TINGGI tempatnya”

Subahanallah, saya sangat terkesan dengan nasihat akak itu..Thanx akak..sangat mebina..sehinggalah sekarang, saya sudah boleh mengubah diri sendri menjadi seseorang yang lagi baik insyaAllah..tp itu semua dari Allah…Allah bagi akak itu idea utnuk menasihatkan saya..Akak itu adalah medium Allah utnutk menyedarkan saya..Waktu dalam prose situ, saya rasa betapa Allah itu Maha Penyayang dan saya gembira sebab Allah bagi ujian kepada saya. Sebab ujian Allah tanda Allah saying kitakan .. :)

Kat sini saya nak share beberapa perkataan yang saya ambil dari beberapa sumber. Baca dan fikirkan

“Takdir Allah dihujung USAHA manusia”

Tiada siapa tahu akan urusanNya

Yang aku tahu, Allah memberikan manusia itu USAHA”

“Kalau Allah izinkan kamu ditegur dengan ujian yang berat”

Jangan sesekali kamu berputus harap

Bersangka baiklah padaNya

Sesungguhnya dia tidak pernah MENGECEWAKAN hambaNya”

read more “Ibrah dari ujian itu”