Where are you??

Thursday, April 30, 2009

Cintaku MilikMu

Bismillahirrahmanirrahim


Dimana boleh ku tagih cintaMu Ya Allah
Sedang aku tidak diuji
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
Andai aku bisa berbicara denganMU
Ku harap Kau mendengar pengaduanku
Sungguh aku bukan bicara kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU,
Yang mengharap keredhaan MU…

Aku takut Ya Allah,
Selalunya apabila Kau timpakan ujian,
Tandanya Kau sayangkan hambaMu itu Ya Allah,
Tika ini kurasakan terlalu selesa Ya Allah,
Aku takut jika Engkau tidak sayangkan diri ini Ya Allah,
Bukanlah maksudku untuk tidak mensyukuri apa yang telah Engkau takdirkan, Namun Ya Allah,
Aku takut,takut jika kesenangan yang kuperoleh tika ini,

Bakal membuatkan aku jauh dariMu

Ya Allah, tetapkanlah aku di jalanMu,

Permudahkanlah urusanku untuk menyebarkan ajaranMU,
Aku rindu padaMu ,

Aku rindu pada kekasihMu,

Bantu aku Ya Allah
............................





Sumber:iluvislam
read more “Cintaku MilikMu”

Tuesday, April 28, 2009

REPORT Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2009

Assalamualaikum


Ok..hari ni nak wat report pasal
Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2009
Sangat suka melihat keadaan di PWTC ini.
Penuh..penuh dengan berbagai-bagai orang.
Pendek kata sangat semangat gila.
Dapat rasakan aura Pesta Buku tu.
Gila ah.
Tapi paling suka tengok parents bawak anak-anak diorang pi beli buku.
Rasa macam bahagia je.
Dalam hati aku "Nanti dah ada anak nak wat mcm ni gak r"
(Tapi dalam hati jela...*gatai..:p*)

Jalan punya jalan rupanya dah hampir 4 jam kitorang dalam tu.
Hohoho..
Sempat amek tandatangan ngan
Dr Hj Fadilah Kamsah kat booth Telaga Biru
Hehehe..
Tp tiada gambar ye sebab xbawak kamera
fokus utama adalh membeli buku
Hehehehe...
Ok..berikut adalah buku yang berjaya dibeli

1)Salahudin Al-Ayubi by Abdul Latip Talib
2)Sultan Muhammad Al-Fateh by Abdul Latip Talib
3)Salju Sakinah by ????(lupa..:D)
4)Pemilik Hatiku Stelah Allah dan Rasul by Fatimah Syarha
5)Teori Warna dan Peribadi by ????(lupa..:D)
6) 2 Buah Majalah SOLUSI siri 4 dan siri 6
7)Telah melanggan majalah SOLUSI utk 11 keluaran..ngeee

Sebenarnya banyak lagi buku yang mahu dibeli.
Tapi kena saving r.
Xpe.nanti leh pi kedai buku untuk mencari buku-buku tersebut..
Huhuhu
Rugila kamu yang tidak datang.
Patut budaya membca ni dipupuk dari budak-budak hingga orang dewasa Memangla internet tu banyak infonya.
Tapi kesahihannya belum pasti kan.
Hehehehe..memang hepila..
Alhamdulillah :)

Berikut adalah cover buku-buku tersebut

read more “REPORT Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2009”

Dr=Doctor , Ir = Engineer , Architect = ar

Assalamualaikum



Huhuhu..xtau tiba2 teringat perbualan ngan Prof Halimah waktu final year dulu,

"Did u know why our faculty ada organised one event called ITSIM"
"I just heard about the event prof but dont know the objective(sambil sengeh)"

Pastu prof ni cakaplah mission dia.
Dia cakap,

Kalo doktor leh ade title Dr,Eng ade Ir , Architect ade Ar,
Why not we IT specialist ade Sr=senior??

Thats why kita adakan event ni(ITSIM!)
Kita fight for it.
Wah..prof ckp dengan penuh semangat,
Aku pun teruja,
Betul gak,

"U r rite prof!!"

So pakar2 IT diluar sana,

Lets we fight for it!!!!!!

winkwink ^___^

International Symposium IT(ITSIM)
read more “Dr=Doctor , Ir = Engineer , Architect = ar”

Saturday, April 25, 2009

Salahudin Al-Ayubi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat sahabiah

Lama juga x update blog ini.Sekarang agak sibuk mengkhatam buku-buku yang dibeli di PESTA BUKU baru-baru ini.Antara buku yang dibeli adalah Salahudin Al-Ayubi karya Abdul Latip Talib. Sangat berkesan setiap tulisan yang dibaca sehingga mampu mengalirkan air mata memkirkan betapa hebatnya umat Islam zaman dahulu memperjuangkan agama Islam. Kita sendiri sekarang masih leka, masih berseronok, masih alpa dengan kehidupan dan kesenangan dan juga zon selesa yang kita diami.


Tidakkah kita sedar bahawa Islam kini semakin diancam??
Tidakkah kita sedar secara perlahan-lahan Islam makin hilang dari diri kita.
Dan tidakkah kita sedar musuh-musuh Islam sedang ketawa terbahak-bahak melihat umat Islam yang hilang identiti Islamnya..

Takutnya bila di dalam kubur nanti kita dipersoalkan

Apakah yang anda sudah lakukan untuk agama Islam???
Apakah yang anda lakukan ketika melihat sahabat-sahabat Islam anda hanya memegang title Islam.Tapi tidak mengamalkan Islam sepenuhnya??
Islam hanya atas nama tidak perlakuan.

Bangkitlah!!Marilah kita bangkit sahabat-sahabtku dari tidur lena ini.Keluarlah dari zon selesa kita.Tanggungjawab kita masih belum selesai.Islam memerlukan syabab yang kuat dari segi mental dan fizikal untuk mengembalikan kegemilangan Islam.Tidakkah kita semua rindu akan negara yang mengamalkan Islam sepenuhnya. Tiada lagi rasuah.Tiada lagi penganiayaan terhadap kanak-kanak.Tiada lagi kes rogol.Tiada lagi pemimpin yang hanya mementingkan diri-sendiri.Tiada lagi korupsi.Terlalu banyak yang diharapkan.Semuanya hanya akan menjadi kenyataan jika umat Islam benar-benar menjadikan Islam sebagai panduan hidup.

Sesungguhnya aku amat merindukan dan mengharapkan itu semua terjadi.Ayuh sahabat-sahabatku.Usah leka dengan dunia cintamu.Usah leka dengan dunia hiburanmu.Usah leka dengan zon selesamu.Tugas kita masih belum selesa.Kita perlu menyambung perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Islam tercinta.Jangan jadikan alasan tidak mampu, kurang pengetahuan agama, segan, malu dan berbagai lagi alasan.Itu adalah alasan semata-mata. Tidakkah kamu malu dengan kanak-kanak di Palestin yang menentang Israel hanya dengan membaling batu pada kereta kebal laknatullah itu. Kita??apa yang kita buat? Hanya mampu melihat di kaca tv dan melahirkan simpati?Bukan simpati yang Islam perlukan.Islam perlukan umat-umatnya bersatu. Bersatu menegakkan Islam tercinta. Marilah sahabat. Tidakkah kita semua mahu mati syahid dan seterusnya memasuki syurga firdausi idaman setiap pejuang-pejuang Islam.

Maaf sahabt jika kata-kataku terlau emosi. Aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun aku juga sedar, jika aku terus menerus melakukan kesilapn, jika aku terus menerus mendiamkan diri, sampai bila Islam akan berdiri gah dan sampai bila Tamadun Islam akan berulang kembali.Aku rindukan itu semua sahabat.Marilah kita bersatu padu dalam mengakkan Islam tercinta. Aku seorang tidak mampu sahabat. Aku perlukan kalian semua. Aku tidak penting sahabat. Tapi ISLAM!ISLAM perlukan kalian semua..Jangan lupa tanggungjawab sebenar kita di muka bumi ini sahabat.Kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.Ayuh sahabat..Ayuh kita menuju Tamanadun Islam yang diidam-idamkan.

~ Together WE make history for our ummah. ~


l

read more “Salahudin Al-Ayubi”

Tuesday, April 21, 2009

INVISIBLE SCANNER...

Assalamualaikum..

Kawan2..here i want to share something interesting
~@INVISIBLE SCANNER@~

using this we can trace id friend in our ym list either mereka invi to us only, invi to everyone, or really offline...
here is the link.... enjoy ...

http://www.invisible-scanner.com/

p/s: so korang xleh nak invi2 or permenantly offline dah..sure can be trap/track(adeh~).hehehe..pelik2 je perangai..

LOVE MY LIFE NOW..wink2..^____^
read more “INVISIBLE SCANNER...”

Saturday, April 18, 2009

Masih begini??

Sebentar tadi ym ngan sahabt usrahku,
Lama benar tidak dengar khhabar berita,
Hmm..
Borak-borak...
Pastu tanyala,
"Dayah ada kat situ ke?"
"xde..dia ada usrah kat UKM"
Tiba-tiba rasa macam kena tampar je muka ni
"Ya Allah...jauhnya sahabat-sahabat aku dah memperjuangkan agamaMu"
"Aku?aku masih begini.."
"Begitu bodoh mengejar cinta insani.Sampai lupa yang dipelajari..lupa tanggungjawab sebenar"
"Malunya aku..Leka dengan duniawi"
"Maafkan aku Ya Allah"
"Tekadku,aku ingin berubah"
"Detik ini,waktu ini..."
"Bantu aku Ya Allah"
"Tolong aku Ya Allah"
"Tunjukkan jalan yang diredhaiMu Ya Allah"

Monolog: Aku rindukan suasana dalam halaqah
read more “Masih begini??”

Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2009

Ha...ni la yang ditunggu2 Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2009..
Esok mau pergi..hehehe,
Mesti best n hope ada diskaun yang hebat..ngee..

Berikut merupakan list buku yang mahu dibeli disamping melihat kalau-kalau ada buku best:

1) PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL by Fatimah Syarha
2) MEN ARE FROM MARS WOMEN ARE FROM VENUS by John Gray (harap dapat murah :D)
3) tiada dalam perancangan lagi..nanti akan survey buku yang best..hehehe

read more “Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2009”

Dating time??

Haih~
Ada gak yang salah faham ngan statusku di ym,
"Dating time" means ku pergi solat a.k.a dating ngan Allah
Haih~
xkanla waktu keje pun nak dating,
ni boleh lak tanya
"Fara tengah dating on9 ek??"
aku ngan blur2 jawab
"dating??xdela.."
then,bru perasan ngan status ym ku.
kelakarla..
ngeh3

p/s:actually xde ape nak tulis..:p
read more “Dating time??”

Thursday, April 16, 2009

Friendship@Persahabatan

Persahabatan kita terlalu berharga,
Terlalu sukar bagiku untuk melupakannya,
Terlalu sukar juga bagiku untuk menidakkannya,
Tapi ingin ku ketahui,
Sampai sini sajakah persahabatn ini??,
Keliru...,
Bukan simpati yang aku pinta,
Aku tidak perlukan itu,
Hanya kejujuran dan keikhlasan yang ku pinta,
Jika dalam dirimu hanya simpati wujudnya,
Usah cuba memperbaiki persahabatan ini,
Kerna ku pasti itu tidak kekal lama,
Biarkan ia terus begini,
Kerna mungkin ini yang kamu mahu,
Mungkin jua ini yang aku mahu,
Mungkin ini jua yang terbaik untuk kau dan aku,
Andai suatu hari kita bertemu,
Jangan pula antara kita berpaling muka,
Mengelakkan diri untuk bertegur sapa,
Kerna itu semua ketentuan Yang Maha Esa,
Ku masih ingin bertemu denganmu,
Bertemu sebagai sahabat lama,
Mungkin itu nanti suatu masa,
Sahabat yang begitu lama hilang berita,
Pastinya waktu itu kedua-dua kelu seribu bahasa,
Tiada apa yang mahu dicerita,
Hahaha..begitu jauh aku berbicara,
Tapi yang pasti doaku sentiasa menjelma,
Mendoakan yang terbaik untuk kita,
Untuk menaikkan Islam tercinta,
Itu harapan bersama,
Kuharap kamu jua,
Ingin aku ,kamu tahu,
walau kita tidak berbicara,
kita tetap sahabat setia,
Itu bagiku,
terserah pada kamu,
Untuk melupakan terus atau mengahargai persahabatan kita,
terpulang,
Aku masih aku,
Sahabat kamu yang dulu,
Secara jujurnya kurasakan kehilangan kamu,
Tiada lagi teman untuk bercerita,
Tiada lagi teman untuk berkongsi duka,
Hahaha..macam-macamkan aku
Namun,kudoakan kamu bahagia,
bersama jalan yang kamu teroka,
doakan kejayaan bersama,
moga sahabat selamanya~

Nukilan: Fara
Jam 2146
My room *kenyet mata*
(andai kamu terbuka untuk membaca *fahami seadanya*)
read more “Friendship@Persahabatan”

Wednesday, April 15, 2009

AMANI

xtau..bila dengar lagu ni rasa sedih...hmmm

**********************************
Lirik Amani - Amar

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

******************************
read more “AMANI”

Tuesday, April 14, 2009

Nak cuba kerja baru???

Assalamualaikum semua,

2,3 hari ni asyik terfikir mende yang sama je,
Wanna change my job??
Sekarang keje ape??
Sekarang keje ANALYST PROGRAMMER,
Nak tukar jadi ape??
Nak try jd PENSYARAH lak...InsyaAllah
Apsal nak tukar??

1)Rasa mcm xmenyumbang ape2 je
-rasa dlm 2 bulan ni xde sumbangan utk agama, bangsa dan diri sendri. Usrah pun dah jauh.
Tabiyah pada diri ini dah kurang.Keje analyst programmer ni rasa mcm 24 duk depan pc..
Borak pun ngan membe2 dlm ym...buhsan..Tiada kepuasan setakat ini.

2)Buhsan
-Setiap hari buat mende yg sama.Buka laptop.buka NETBEANS,buka MYSQL,baca coding
End of the day??apa yg dpt???bahasa computer yg memeningkan kepala..tp sronok bila
dah berjaya selesaikannya.

3)Mahu masa untuk diri sendri
-Ceewah..ni statemennt poyo.selama ni pun masa utk diri sendri.hik3...ni xde elaboration

4)......(akan dicari alasan lain...:D)

Tapi kenapa pensyarah???nape x IT SUPPORT??or PROGRAMMER???or ape2la berkaitan IT
-jawapannye hanya tiga-->

1 ) nak membuat sesuatu yg boleh merubah pemikiran anak bangsa.
-jd lecturer nanti bleh bg sedikit2 nasihat kat student
-xsemestinya kena jd lecturer agama baru bleh nasihat student lecturer computr pun boleh
tau
-nnt nak ajak student buat usrah, pi xtvt2 dakwah (sronoknye..)

2 ) mak nak sangat anak dia ni keje kerajaan..
-tp diri ini xmau keje dlm ofis.
-mcm2 yg didengarin dr kawan2 yg keje dlm ofis(kamu faham2 saje ok)
-sbb tu la mau jd lecturer

3 ) saya mau ada masa utk family(kalo dah kawen) n diri sendri(sbb sekrg balik
keje pun dah malam..balik2,mandi,solat,tidokan mai n adam,n saya sendri tido
--->esoknye bangun,wat perkara yg sama..BUHSAN

Nanti kalo dah jadi lecturer boleh wat bnyk xtvt2 menarik ngan anak murid..hmm....MASIH DALAM PERTIMBANGAN..tp insyaAllah dalam this week akan hantar surat permohonan..kalau ini yang terbaik utkku..permudahkanlah Ya ALLAH..aku rindu untuk berdiri teguh diatas jalanMu..jgn biarkan diri ini leka Ya ALlah
read more “Nak cuba kerja baru???”

Monday, April 13, 2009

Penat??

Salam semua..

xtau r minggu ni n minggu lepas rasa mcm penat sangat..
Padahal xbuat ape2 pun,
minggu lepas mungkin penat emosi,
penat sangat....letihh....
sekarang sedang recover diri sendri,
pasti boleh,
to be honest dah penat,
biar Allah tentukan segalanya..

minggu ni lak,
ditimpa sakit gigi,
apalgi dah sakit gigi sure r naik ke kepalak,
rasa kepala ni berdenyut2 je,
al da time,
adeh,
dugaan Allah yg kecil mcm ni pun mengeluh,
Fara2..,
Anggaplah itu sebagai utk nak cuci dosamu,
teruskan tersenyum,
like wat ciknaem said,

"............(xingat ape dia).....inside i'm dying"
hik3, :D
read more “Penat??”

Thursday, April 9, 2009

Mau sambung...

Assalamualaikum..

Entri kali ni emo skit..
Waaaa...MAU FURTHER STUDY kat oveseas,
mau2...masihkah ada peluang,
srobbb....
tula Fara dulu mak suh blaja wajin2..malas
Ha..pastu tengok membe2 study luar negara mulala sedih sendri,
Huuu...dulu budak2 lagi,
Waaa..sedihnya,
Ya Allah mungkinkah ini akan berlaku?,
Teringinnya aku..
Melihat negara orang,
Blaja gaya hidup org luar,
Sangat berharap suatu hari nanti boleh blaja ke sana..
Nak sambung master macam xberkesempatan,
Tunggu sambung PHD la..InsyaAllah,
Tp that time nak pi ngan suami..InsyaAllah,
Lagi afdhal n senangkan,
Doa2kan ye sahabat2 semua agar diri ini dapat peluang blaja di luar sana + dapat suami yg juga mahu melanjutkn pelajaran diluar negara..hehehehe....AMIN......
read more “Mau sambung...”

Wednesday, April 8, 2009

Syabab

Nukilan dr FATIMAH SYARHA dari novelnya SYABAB

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
..::[BICARA BATINKU]::..

Adakah lagi pemuda seperti ini..
Pemuda yg diimpikan utk menegakkan kemuliaan Islam,
Pemuda yg diharapkan menjadi suara2 Islam dalam menyampaikan apa itu Islam sebenarnya,
Pemuda yang sentiasa bersedia memikul beban utk mempertahankan kesucian Islam.
Alangkah indahnya dunia jika pemudanya tahu tanggungjawab sebenarnya dilahirkan di bumi ini,
Pemuda??kenapa pemuda sahaja??adakah pemudi tiada tanggungjawabnya??
Tidak kami juga ada tanggungjawab yg serupa,
Tapi tahukah kalian pemuda bahawa kamu adalah pemimpin,
Secara fitrahnya Allah jadikan kamu sebagai ketua,
Jika ketua tidak mengamalkan ajaran Islam sebenarnya,
Bagaimana kami pengikut2 pemuda??.
Ya,memang pemudi adalah sayap kiri utk pejuang,
Tapi ramaikah pemuda yg mahu menjadi pejuang??,
Ramaikah yang sanggup keluar dari zon selesa yg didiami kini??,
Hidup hanya utk segulung ijazah,master,phd kemudian bekerja,berkahwin??,
Itu tanggungjawab utk siapa??,
Utk diri sendri mungkin,
Bagaimana dengan tujuan kita dilahirkan didunia ini??
Subhanallah,
Betapa banyaknya kekhilafan diri kita ini,
Sentiasa leka dengan kenikmatan duniawi,
Sesekali pasti tergelincir diri ini,
Namun segeralah sedari,
Perbaiki diri..
Perbaiki niat,
Perbaiki hati,
InsyaAllah

Nukilan ini lebih kepada kepada diri ini.Utk memperbaiki diri setelah ape yg terjadi....Ya Allah terimalah taubatku ini

read more “Syabab”

Tuesday, April 7, 2009

Aku dan Kak Long

Lama tul xjumpa kak long dalam 7 bulan gakla..last jumpa raya hari tu...rindunyee...Ari tu tolongla kak long masak kat dapur sambil bual2...Dr jauh aku perhati je kak long..Sebak tgk kak long..aku tau dia penat..layan 5 org anak yg hero2 sumenye..+ itu + ini...aku tau kak long tabah...tula kak long..nape duk jauh sangat dr kitorg...len kali duk Pahang je..kan senang..leh kitorg tengok2...heheheh...ckp senang..yela ikut suami tersayangla katakan :p..tp bukan tu nak ckp kat sini..nak share perbualan ngan kak long

Kak Long : Amcam keje???ok??
Aku : Ok je..Cuma tu r...staf sume laki..xbest skit r..huhu
Kak Long : Owh yeke.. Diorg buli x??
Aku : Xde r..diorg baik je..supportive.
Kak Long : Owh..mak dah warning awal2 dah kat long..jgn nak kenen2kan awak ngan sesape r
Aku : Ha3..mak tu xabes2 risau..huhu...ckp je ape salahnye..kita kan dah besar
Kak Long : Haah..nak mak bising kat kak long leh r..huhuhu
Aku :Hu3..ntahla (aku pun bukak cite pasal mamat2 sengal tu)
Kak Long :Awak pakai ape pi keje
Aku :Baju kurung r..ngan tudung besarnye..dah memang gaya makcik2 pi pasar dah..Dah
sedaya upaya sembunyikan diri dah ni..xnak disedari kewujudan kat cyber ni..Kira
mcm halimunanla...hahaha
Kak Long : Awak pakaila suar...pakai baju kurung nmpk sopan...pakai suar nmpk mcm ganas
skit...Ni kalo tau di mak ni...mesti suh cepat2 beli kete
Aku : Hu3...awak jgn cite kat mak lak...abes kita nanti.Alaa..kete tu nantila..bnyk lg mende
nak pikir....master lagi....haah kalo mak tau silap2 suh balik kuantan..keje kt kuantn.

Kesimpulnny :: Aku terfikir betul ke kalo girls pakai bj kurung nmpk sopan???tp time mamat tu ckp kat aku yg aku nmpk "nice"(konon2nye)..time tu aku pakai suar..memang dah lama xpakai suar...asyik ngan bj kurung ni je..hmm~...agaknye lepas ni kena tukar dress up..pakai jubah yg ala2 arab tu + pakai purdah..hik3...ala..tp aku bukan cantik pun nk pakai purdah..adehhh~ risau tul...skrg ni slalu lewat..pasti akan nmpk mamat tu..aku otomatik jd mcm roket jalan laju2..kejar bas...hahaha~..harap2 xde pe2 kan..aku je suka wat kesimpulan sendri..:D
read more “Aku dan Kak Long”

SEHARI DI PULAU PAYAR

















Hmm...ni le Pulau Payar..Ni bukan keseluruhan just welcome sign board je...Hm...nothing to write..memang sronok gak r,,,bukannye seronok ape...sronok tgk anak buah yg enjoy sakan sambil xabes2 suh amek gambar diorg..apala..xkesian langsung kat mak su diorang..mau juga gambar sendri diambil....hehehe..bila disuruh "ambikla gambar mak su lak..mana aci" dijwabnye "tangan along basah...nanti rosak kamera mak su"..hohohoh..iyo la tu..










read more “SEHARI DI PULAU PAYAR”

Monday, April 6, 2009

Nothing

Kuatkan iman dengan amal.
Sibukkan diri dengan Allah.
Usah penat berkalut dalam dayungan jodoh yang telah ditentukanNya.
Solat dan mintalah yang terbaik.
Terkadang yang terbaik dibenak itu menjadi begitu hodoh bila terzahir didepan mata apatah lagi bila sudah memilikinya.

==> This comment from one of my blogger frend..i'm really appreciate it bcoz i like tw last sentence..I share with u all.may be can get something
read more “Nothing”

Wednesday, April 1, 2009

3 Perkara Yang Menakutkn sepanjang bulan MAC ini

First

Ari tu baru balik dr keje...ari tu ari khamis kalo xsilap..so kira berbuka dekat lrt r..dukla sekejap kat lrt tu sambil minum air..pastu ade sorg akak ni..ikuti perbualan kami...


Xkenal:Sape amek?
Aku:Suami (dalam hati ade suami ke..hik3)
Xkenal:Owh..duk mana?anak sape jaga?
Aku:DUk Taman Midah..Anak bibik jaga(ade anak ke..ehhehhe)
Xkenal:Suami keje ape?Brape umur?
Aku:(senyum je..dlm hati apsal akak ni nk tau pasal suami aku lak)
Xkenal:Nak pinjm duit leh x??rm5 je..akak btul2 xde duit ni..
Aku:Erk..xpela kak..suami saya dah sampai ni.lama dah tunggu,,,(terus pergi)

Ya ALLah takut gak rasa masa tu..ye r..mcm2 leh berlaku..nape la diri ini begitu ramah..haih~..skrg ni kan mcm2 berlaku..kes pukaula..apela..Ya Allah lindungilah hambaMu ini


Kisah Dua

Waktu balik keje gak..time tu tungggu ERL..sambil tu bacala ape yg patutkn..pastu ade sorg mamat ni ,,berdiri betul2 depan ku tp ke kiri sikt..dia pegang hp dia sudut betul2 arahku..wat bodoh je la...dlm hati "lantakla nak wat pe"..then ERL sampai..duk kat seat depan skali..mamt ni xduk berdiri je..ku tgk la kat cermin ..konon2nye melihat pemandangan diluar r..nmpk la pantulan fizikal mamat ni kat cermin tu..mcm td gak hp dia mengarah ke ku..then tiba2 nmpk flash dr hp dia...dlm hati "mamat ni biar betul..xkn snap gmbr ku kot..tp..memg dah flash td dr hp dia"..waaa....dah stat takut..waktu turun tangga nk pi LRT pun nmpk mamat ni sengeh3..Ya Allah lindungilah hambaMu ini......SO sekarang dah xnaik ERL kul 7..naik kul 6.30...mcm2


Kisah 3 (Latest)

Semalam...duk kat bas stand tunggu bas nk pi Putrajaya Terminal..bru balik keje gak ni...pastu ade sorg mamat ni..mamat lainla..ikuti perbualan kami..

Mamat:Hi
Aku:(senyum sampai angguk kepala)
Mamat:I always watch u wait for the bis here
Aku:(Senyum)
Mamat:Are u work here?Wat's ur name
Aku:Yes...Fara
Mamat:Owh..Wat's ur position?which company u work
Aku:Analyst Programmer..SME Building(hahaha..aku bgtau tempat xbgtau nama company)
Mamat:It's must be tough..
Aku:(senyum)
MamatCan i have ur phone no?
Aku:Erk...

Bas pun samapai......Masa tungu turn naik bas...

Mamat:I always watch u but today u looks nice
Aku..(senyum tp dlm hati apehal mamat ni..takutnye akuuuuu....)

Adeh tula 3 perkara yg berlaku dlm bulan ni..Ya Allah xpenah aku alami mende mcm ni..so kena more careful lepas ni..Ya Allah lindungilah hama\baMu ini..Utk pengetahuan korg..mamat ni pun keje kat cyber ni...takutnyee...doakan diri ini ye..hope xjumpa dia dah...haih~adeh lagi satu kalo nak ngelak mamat ni xleh naik ERL kul 6.30 dah..abes tu nak naik ERL kul bape 6.30 xleh..7 xleh....huuu~...mcm kena beli keta cepat2 je..tp wit~..xpe..Allah ada..jgn risau Fara..:)
read more “3 Perkara Yang Menakutkn sepanjang bulan MAC ini”