Where are you??

Sunday, May 31, 2009

Hmm....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Ya Allah,
nape hari ni aku gagal kawal kemarahanku,
rasa mcm bukan diri ini plak,
nape perlu marah sangat,
mungkin bagiku ini berkaitan maruah aku,
maruah seorang wanita,
tp aku menyesal dengan tindakanku,
tp aku perlu juga beritahu keadaan sebenar,
aku tidak mahu timbul salah faham lagi,
tp betulkah tindakanku Ya Allah??,
aku suka buat tindakan melulu,
tp kali ni aku betul2 xleh tahan rasa marah tu,
mungkin sbb masalah yg tubi2,
aku penat...,
maaf sahabat,
tp i'm really mean it ape yg aku tulis tu,
maaf jika terkasar bahasa
dan maaf jika aku tersalah sangka,
tidak mengira kondisi kamu disana,
maaf sekali lagi

p/s:tulis kat sini,xtau dia baca atau tidak..xpela sekdar luahan yg xmampu di luahkn kpd empunya diri
read more “Hmm....”

Friday, May 29, 2009

Tunang?Kahwin?..ngeeee


Bismillahirrahmanirrahim


2 hari lepas sms la ngan seorang sahbat ni,
Tp sbnrnye forward sms kat ramai sahabat,
Kunun2nye nak test simcard baru,
Kunun2 plan eksekutif celcom,
Poyo je,
Tapi memang berbaloi r,
xrugi,
kol kak long ada gak dlm setengah jam,
3 hinggit je,
huhuhu, so bertukarlah pada celcom,
erk..promote la plak,

Hmm,
berbalik pada cte asal,
sms ngan sahabat ni,
Then tiba2 dia ckp,

"Fara insyaAllah ahad ni *** bertunang,
Sebelum ni *** ada baca blog fara,
yang pasal jodoh tu,
sejak hari tu *** doa agar dpat suami yg mcm dalam blog Fara tu,
Alhamdulillah, akhirnya *** jumpa,"

Aku tersentak jap,
entri mana erk,
Owhh ni mesti yg copy dr kak asniza blog ni,
huhuhu,

"Fara bila plak?"

"Erk..(xtau nak jawan ape)...ada jodoh ada la tu..
Doakan kita dapat suami soleh juga ye..:) "


Haih...nape sekarang jumpa membe2 lama sume ckp pasal
kawen,jodoh,tunang, calon
buhsannye....
huhu..buhsan sbb xtau nak cte ape..hahahaha,
ni bulan depan saje 3 org kawan bertunang 1 org kawen,
Kalo tny aku bila nk kawen??
On the spot akan jawab

"InsyaAllah 2,3 tahun lg(dengan muka konfiden)"

Hua,hua,hua

Sebenarnya xde pe nak ngarut.
Bru siap task...hepi wooo...
:P

Moral of the story : Bila abes blaja je, mesti org akan sebok2 tny bila nak kawen.haih~ tau x nak kawen tu bukan mcm cr baju kat pasar malam..Bleh amek je..Banyak mende nk kena pikir...:p



read more “Tunang?Kahwin?..ngeeee”

SI Gadis Buta

Ada seorang gadis buta,
Semua orang bencikan dia,
Kecuali kekasihnya,
Gadis itu selalu berkata,
“Kalau saya boleh melihat.
Tentu saya kahwini awak”

Satu hari,
Ada orang dermakan sepasang mata kepada gadis itu,
Lalu gadis itu boleh melihat wajah kekasihnya,
Dia merasa sangat terkejut,
Apabila mendapati kekasihnya juga buta.

Kekasihnya lalu berkata,
“Sudikah awak mengahwini saya sekarang?”
Gadis itu menolak.

Kekasihnya senyum dan pergi sambil berkata,

“Tolong jaga mata saya baik-baik….” =)


Moral of the story:

Hargai orang disekeliling anda yang menyayangi anda setulusnya.Dan terima kekurangan seseorg itu seadanya.Kerna kita juga tidak sempurna.......


copied

read more “SI Gadis Buta”

Wednesday, May 27, 2009

Ngaja Ngaji::Episod 1


Bismillahirrahmanirrahim


Hmm...1st day ajar budak tu ngaji,
haih, klaka tul,
actually aku ajar mai je,
adam xnak,
biarlah ayah dia ajar,
huhuhu,
mai dah kenal "alif" ngan "ba",
tiba huruf "ta" mcm susah skit,
so aku cakapla
"mai...ta have two titik kat atas"
"ta have two itik a?"

erk..aku tercengang jap...
itik???aku silap sebut ke..
rasanya betul dah sebut titik..
time tu nak gelak dah...
hik3....tp control.
kata jd ustazah jap..
huhuhu...
wat2 muka tenang....

"no, not itik ...ti....tik"
"itik is duck..."
"titk is pullstop(btul ke eja ni)..like this(aku pun lukis la titik dua..huhuhu)"

"ooo..like that r"

"yela..."

waktu rasa nak gelak tergulin2 dah,
itik???haihh...budak2....imaginasi tu tinggi sangat..huhu
pastu aku nak motivatekan dia,
aku cakap,

"mai..u have to remember "ta" tomorrow"
"if u remember,i buy u princess sticker"
"u want it or not??"

"i want..i want"
"if mai..mai remember this(ta),mak su will buy my princess sticker??"

"yup..InsyaAllah..kalau mak su ingat..hehehe(aku gelakkan dia)"
"but u have to remember 1st"
"ok??"

"ok.."

Huhuhu,
tula citer 1st day ajar mai ngaji,
klaka ade gak,
impress ade gak,
ye r budak 2 tahun,
blaja ngaji,
hati bersih lagi,
senang je ingt,
huhuhu
nanti aku snap gambar dia pakai tudung lak,
huhuhu
k..
nnt ade adegan best akan dicoretkan disini..:p
read more “Ngaja Ngaji::Episod 1”

Tuesday, May 26, 2009

Manusia itu....


Bismillahirrahmanirrahim

Hmmm,
Xtaula nape malam ni,
there's alot of thing happen,
tp kemuncaknya bila dpt kol dr manusia ini,
Kalo sahaba ada baca entri sebelum2 ni pasal 3 perkara menakutkn sepanjg mac,
Mamat yg kat bus stand tu kol,
He got my phone number,
ada kisah disebalik itu,
xtau nak cite mcm mana,
haih~,
b4 ni dia ada msg2,kol2,
memang xlayan,
dia senyap jap selama sebulan,
tp td dia kol,
actually dah tukar sim card,
i change my maxis to celcom,
but still use te same number,
bcoz of that,
i xsave no dia dlm sim card bru tu,
adeh,
xangkatla kol tu sbb xtau no sape,
tp bila check balik ,
bru tau tu no dia,
Ya Allah..takutnye rasa,
dahla msg ckp mende yg ngarut2,
rimasla,
aduh,
waktu tu rasa i need some1 to talk,
hmmm,
msg seorg sahabat ni just nk borak2 n citer pasal ni,
tp dia ada hal...its ok,
tp sbnrnye ada suara berbisik,
"Farabetul ke tindakan kamu ni?"
"Kamu lupa ke apa yg pernah kamu pelajari sebelum ni?"
".............(ada perkara yg xleh ditulis)"
"Kenapa cr insani,jika kamu tahu kamu ada Allah utk mendengar keluh kesahmu"
Aku tersentak sekejap,
Ya Allah, apa aku dah wat,
Maaf Ya Allah kalau aku membelakangkanMu,
terus decide xjadi kol,
Maaf sahabat,bukan dah tido tp iman yang senipis bawang ni xmembenarkan,
Itulah kalau hati dulu baru fikiran,
wat tindakan melulu,
amek air semayang,terus semayang isyak,
rasa tenang sikit bila berbicara dgnNya,
Mungkin ada segelintir ckp ini perkara biasa,
Tp ini bukan perkara biasa bagiku,
Aku takut,
Bayangkan setiap kali pergi dan balik kerja,
Ada kemungkinan besar kamu akan bertembung dgn dia,
Dan dia bukanlah berseorangn,
Dia ada kawan2 dia,
Kadang2 tu bila jalan,rasa mcm dia dan kawan2 dia memerhati dr jauh,
mungkin hanya perasaan takut itu,
Tapi amat takut,
Sebab sepanjang perjalanan aku adalah berseorangan,
tiada kawan,
memanglah ramai org,
tp...
haih~,
beza jika ada kawan utk melenyapkan rasa takut ini,
Ya Allah,
lindungilah hamabaMu ini,
Aku lemah Ya Allah,
Lindungilah hambaMu ini dr segala kejahatan Ya Allah,
Aku pohon padaMu Ya Allah...
doakan saya ya sahabat2

karutan:xtau apa yg dimengarutkan tp btul2 rasa x

read more “Manusia itu....”

Sunday, May 24, 2009

Ajar Ngaji???


Bismillahirrahmanirrahim

Hmmm...
Sekarang aku konon2 ditugskan utk mengajar anak buah aku 2 org tu ngaji,
Haih~,
Berat gak t/jwb tu,
Budak tu sorang umur 2 tahun,
Sorang umur 4 tahun,
Hahaha,
Anak2 buahku,
Mai n Adam,
Mcm manala cara utk aku buat diorg interest utk ngaji,

Sekarang jadual rutinku dah berubahla skit,
Balik keje,mandi,solat,pastu ajar budak2 tu ngaji,tdokan diorg,then aku lak tdo,
Huhuhu,
Xkesah..al keast aku menyumbang jugakkan,
Harap budak2 ni akan menjadi antara pemuda-pemudi yg lantang menyebarkan Islam,

Mak Su doakan kejayaan korang sume,
Coz i love u all ..*wink*


nila budak 2 org itu...huhu
hu



read more “Ajar Ngaji???”

Berjalan di SOGO

Bismillahirrahmanirrahim


This saturday quiet hepi,
kur pi SOGO setelah 2 minggu terperap di rumah sebab sakit,
Its ok,
never menyesal bcoz of tht,
Sbb Allah hanya mahu mengujikan *smile*,
Tp yg bestnye dapat jumpa kwan lama,
Hehehe,
Jumpa Majidah,
Frend waktu UKM aka PALAPES frend aka floormate,
Haih~,
Rindunya suasana kt paras,
huhuhu,
makan sama2 dalam satu bilik,
bulan puasa dulu siap masak2 lagi,
sampai kena warning ngan warden,
Hahaha,
xkesah,
kami lari masak kt 3rd floor,
Ngeh3,
Rindu time ramai2 stay up bila dah nak xm,
Pi libray sama2 stay dr pagi hinggalah ke malam,
Jog together2,
Paling rindu waktu solat jemaah sesama,
Usrah sesama,
Bincang masalah sesama,
Adakala kita menangis sesama,
Mengenangkan ujian menimpa(xsemua,hny yg tertentu sj...*smile*),
Tp kita kuatkan,
Sebab kita tahu Allah xkan uji umatNya jika xsesuai dengan kemampuan umatNya,
Sampai tertdokan bila kita start berbicara,
Rindunya...,
Frendz...really miss that moment,
Xmungkin itu semua kan berlaku lagi kan,
Kita semua sudah disebarkan merata2,
Utk menyebarkan kembali apa yang telah ketahui,
Islam yang sebenarnya,
Hmmmm~,
(sambung balik cte pi SOGO...:p)
Borak2 ngan gda pun xsedar dah nk kul 3,
Tujuan utama xcomplete lg,
HU3..gda mau beli kasut,
So pila beli kasut,
Pi beli tudung jp kat Jalan Tar,
Then dlm kul 5 lebih masing2 gerak balik,
Waaaa...xpuas..mau jumpa sume parasmate...huhuhu....

read more “Berjalan di SOGO”

Thursday, May 21, 2009

Sedarlah Wahai Muslimah[Peringatan utk diri sendiri]


Bismillahirrahmanirrahim

Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah. Wahai Hawa,Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.

Tapi hawa !!!!

jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam. Hawa,Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melaluikeseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka.

Tetapi hawa!!!

Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

read more “Sedarlah Wahai Muslimah[Peringatan utk diri sendiri]”

Hadis 01 : Setiap Amalan Adalah Dengan Niat

Bismillahirrahmanirrahim


Diri ini amat tertarik dengan salah satu hadis dalam hadis 40
iaitu Hadis 01: Setiap Amalan Adalah Dengan Niat
So wanna share sedikit ulasan mengenainya disini


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

SEBAB HADIS INI DILAFAZKAN

Imam at-Thabrani telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir dengan rantaian perawinya yang tsiqah, daripada Ibnu Mas’ud Radhiyallahuanhu beliau berkata: “Terdapat di kalangan kami, seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali dengan nama ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami menamakannya sebagai ‘Penghijrah Ummu Qais’.


Untuk tahu selanjutnya boleh klik disini HALAQAH ONLINE

Sedikit contengan dariku:

Marilah kita sahabat,perbaiki niat kita,

Biarlah segala2nya kerna Allah,

Tiada 2 tiada 3 sahabat,

Allahlah segala2nya,

Sama2 kita perbaiki niat, renovate hati..

Aku sayang kamu sahabat kerna Allah..

Salam ukhuwah







read more “Hadis 01 : Setiap Amalan Adalah Dengan Niat”

Tuesday, May 19, 2009

Berjaya, Gemilang, Terbilang

Aku ingin berjaya,
Berjaya!!!, berjaya!!!!, berjaya!!!!!,
Ingin kubuktikan,
Kami pemudi Islam juga boleh berjaya!!!
Kenapa aku nak berjaya!
Sebab nak berjayala!!!
Sebab nak buktikan
Kat kawan-kawan
If u make Islam as the way of ur life,
Kamu akan lebih berjaya,
Berbanding menjadikan Islam atas nama Islam sahaja,
Saya nak sangat ajak kawan2,
Mengenal erti Islam sebenar,
Sebab saya sayang mereka,
Dengan kejayaan saya nanti,
Mereka akan lebih 'mendengar' apa yang akan saya katakan,
Kalau tidak,siapalah saya ini,
Like people said,
Power make people listen to you,
Memang power tak penting,
Tapi utk sesetengah orang,
Mereka mengukur seseorang berdasarkan power yang orang itu ada,
Sebab itu pemimpin boleh membentuk anak2 buah dia,
Sebab tu cita2ku iingin menjadi pensyarah,
Studentku akan dengar kata2ku,
Inilah peluang aku untuk menyerapkan unsur2 Islam itu,
Risaunye tgk remaja sekarang,
Meletakkan cinta insani itu segala2nya,
Seolah2 tiada pacar itu pelik,
Padahal merekalah yang pelik,


Lagi satu ingin mengambil kesempatan ini menegur sahabatku,
Tak taulah dia baca blog ini x,
Nak cakap depan2,dah xbereapa rapat dah sekarang,


************************************************************************
Sahabat,
Kamu punya kelebihan itu,
Kamu ada bakat kepimpinan itu,
Kamu ada kelebihan berbicara,
Kamu ada karisma itu,
Dan kamu ada kemtangan itu,
Tapi sahabat,
Perbaiki niat,
Buatlah segalanya kerna Allah,
Bukan utk menarik perhatian si dia,
Bukan utk si dia sedar kewujudanmu,
Sia-sia sahabat,
Tahukah kamu niat itu segala2nya,
Aku takut di akhir nanti kamu kecewa,
Lantas kamu bukan kamu lagi,
Sahabat,
Buatllah segala2nya kerna Allah,
Gunalah segala kelebihan yang Allah berikan untuk berdakwah di jalanNya,
Banyak cara utk berdakwah sahabat,
Maaf sahabat jika bicaraku keterlaluan,
Bukan sahabat jika tidak menegur sahabatnya,
Kerna aku sayang kamu sahabat kerna Allah,
InsyaAllah,
Doakan kejayaan bersama

*********************************************************************

SAYA INGIN BERJAYA MENJADI SEORANG HAMBA ALLAH YANG BERIMAN
SAYA INGIN BERJAYA MENJADI ANAK SOLEHAH
SAYA INGI BERJAYA MENJADI SEORANG PENSYARAH YANG MENDIDIK STUDENTNYA MENGENAL ISLAM YANG BENAR2 ISLAM
SAYA INGIN BERJAYA MENJADI SEORANG SAHABAT YANG SENTIASA ADA BILA DIPERLUKAN


read more “Berjaya, Gemilang, Terbilang”

Monday, May 18, 2009

KEADAAN DI DALAM HUTAN


Klik pada gambar utk tujuan pembesaran :)
read more “KEADAAN DI DALAM HUTAN”

Sunday, May 17, 2009

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI



Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut
.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.
read more “KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI”

Thursday, May 14, 2009

Doakan

Sahabat doakan saya yee,
My fever,cough,flu,
Sume xbaik lagi,
Dah nak masuk dua mingggu dah ni,
Semalam wat detail check-up,
doktor ckp jangkitan peparu,
hmm~,
xpe ujian dari Allah,
Doakan saya cepat sembuh ye..
:)
Allah je mampu balas jasa anda semua
read more “Doakan”

Friday, May 1, 2009

Adakah itu satu kegagalan?


Bismillahirrahmanirrahim


Kegagalan??
Apakah dengan tidak mendapat straight A in SPM adalah satu kegagalan??
Macam mana kalau sudah berusaha??
Yang pasti itu semua sudah ditakdirkan
Pasti ada sebab itu semua berlaku
dan pasti ada hikmah disebalik itu semua
Betulkan
Nape aku tiba-tiba cakap pasal ni?
Xde,sebelum ni aku asyik ckp pasal kejayaan adik aku yg sorang tu
Dapat 10A1 1A2,
Tapi aku lupa pada sorang lagi adikku
Yang hanya mendapat 3A
Teruk betul aku
Tadi terpanggil untuk bertanya khabar dia
Dia tengah risau takut xdapat mana2 offer
Aku ckp kat dia, jangan risau, rezeki kat mana-mana
Cuma perlu berusaha
Sebelum SPM dulu pun dia ada jumpa aku
luahkan segala kerisauan segala gundah gulana
Aku yakin dia dah buat yang terbaik
Cuma mungkin belum masanya untuk mendapat pelangi yg indah itu
Terharu seketika bila aku dah nak stop cakap ngan dia,dia cakap

"Tima kasih kak Fara sebab ingat kat kita.Rasa lega sikit"

Aku tersentap sekejap,
Ya Allah, aku terlalu gembira dengan kejayaan adikku yang seorg itu
Hinggakan aku lupa yang seorang lagi
Teruknya aku,
Tekadku aku akan ikuti perkembangan kedua-dua adikku ini,
Kuharapkan mereka akan menjadi "mawar berduri"
Cantik dilihat sukar untuk didekati
Adikku ini minatnya menjurus pada jurusan agama,
Aku harap boleh tolong dia untuk menyempurnakan cita-cita dia itu
Tapi aku kekurangan info tentang kolej-kolej yang menawarkan jurusan ini
Aku harap sangat, kalau ada teman2 blogger yang baca entri ku ini,
dan ada info macam mana nak apply ke kolej2 yang bagus,
yang menawarkan jurusan agama,
Pleaseee...do tell me,
Jangan kita sia-siakan minat adik ini untuk terus berjuang di jalan Allah,
Kepada MAISARAH, kak Fara doakan sarah tabah atas segala dugaan ini dik
Allah sayang kat sarah,sebab tu Allah bagi ujian ini kat sarah,
Hanya mereka yang terpilih saja akan menerima dugaan dariNya
Yang penting sarah jangan give up...
Teruskan usaha dik!..chaiyok!!
May Allah Bless U....

read more “Adakah itu satu kegagalan?”

asasi UIA engineering OR matrikulasi


Bismillahirrahmanirrahim


Hmm..td dapat sms dari adikku,

"Kak Fara,akak dapat ASASI UIA ENGINEEREING ngan MATRIK PAHANG,
mana satu ok ek??akak xtau nak pilih mana"

Hmm...aku puas pikir,mmana yg elok ek?
Adikku ini ada basic Arab yg mantap
Sayang lak kalo dibiarkan macam tu je
Search punya search kat tenet
Aku pun bagila pandangan kat dia

"Kak Fara rasa,better akak pilih UIA la.
UIA insyaAllah akak dah confirm leh wat degree in engnrg
kalo matrik akak kena fight ngan budak-budak lain.Lagipun
akak dah ada basic Arab.So u can improve ur Arab there.
xdela sia-siakan belajar sebelum ni.Tp kat UIA nanti akak
still kena fight fo better result..k..:D "

Hmm..aku harap aku bagi cadangan yang tepat untuk
adikku itu.Harapanku akan ada lagi seorang "mawar berduri"
yang akan lahir dan berjuang dalam menegakkan ISLAM tercinta
Kepada NURULLAILATUL JAMIAH teruskan berjuang dik...
Kak Fara doakan yang terbaik untuk akak....Amin
read more “asasi UIA engineering OR matrikulasi”