Where are you??

Showing posts with label Bila hati berbicara. Show all posts
Showing posts with label Bila hati berbicara. Show all posts

Monday, April 6, 2009

Nothing

Kuatkan iman dengan amal.
Sibukkan diri dengan Allah.
Usah penat berkalut dalam dayungan jodoh yang telah ditentukanNya.
Solat dan mintalah yang terbaik.
Terkadang yang terbaik dibenak itu menjadi begitu hodoh bila terzahir didepan mata apatah lagi bila sudah memilikinya.

==> This comment from one of my blogger frend..i'm really appreciate it bcoz i like tw last sentence..I share with u all.may be can get something
read more “Nothing”

Friday, March 27, 2009


"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ku redha ketetapan Ilahi"


read more “ ”

Saturday, December 20, 2008

Untukmu sahabatku...


Salam,
Tika kau menghampiri kemuncak kejayaanmu,
Ingatlah..sentiasalah bersyukur padaNya,
Kerna mentakdirkan engkau berjaya sehingga ke tahap ini,
Bersyukurlah kepadaNya kerana engkau berjaya menempuhi onak dan duri dengan berjyanya, Bersyukurlah jua kerana Allah memberi kamu kejayaan ini kerna dia sayang padamu,
Jangan sekali kamu lupa padaNya


Namun,
andai satu hari kamu jatuh rebah,

Ingatlah.. ini hanyalah satu dugaan buatmu,
Jangan engkau terus berputus asa,
kerna Allah hanya ingin mengujimu,
Jangan kamu berputus asa kerna Allah ingin melihat sejauh mana keimananmu,
Dan jangan juga kamu berputus asa kerna kamu patut tahu Allah jua sayang padamu,
Sebab itulah ia menimpakan ujian kepadamu,

"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
albaqarah:286

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji"
Al-ankabut:2

Teruskan usaha untuk menjadi MUSLIM yang berguna untuk agama.Doakan kejayaan bersama..:)
read more “Untukmu sahabatku...”