Where are you??

Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Wednesday, March 18, 2009

Suatu Penjelasan

Suatu Penjelasan
Soalan

secara jujur saye katekan, sepanjang kami berkenalan, kami hanya
berjumpa beberapa kali bersama2 teman perempuan saye. kalau diikutkan
perangai saye yg sebenar, saye bukanlah jenis yg pemalu sgt tp apabila saye
berjumpa dgn dia, saye memang 100% malu. saye akan kurang bercakap dan cube
mengelak dr pandang wajah dia. same juga dgn dia. kami tidak berjalan/duduk
terlalu rapat. so, boleh dikatakan secara fizikalnya, kami menjaga diri
masing2 dr melakukan maksiat.

cume yg mengelirukan saya dan buat saye resah, saye takut diri saye
terjebak dgn "zina hati" bile saye teringat psl dia. biasanya, saya akan
membayangkan saat2 kami berjumpa, kata2 dia dan kadang2 saye mcm berangan2
berumah tangga dgn dia. saye cube elakkan dr bayangan sexual semata2 sebab
saye tahu itu memang jelas haram. tp, yg selalu terbayang dlm fikiran saye,
kehidupan kami as suami isteri contohnya, saye masak utk dia, bermesra dgn
anak2. itu memang selalu saye fikirkan. so, adakah itu salah satu dr "zina
hati"?

memang terlintas di hati saye utk berkahwin tp usia kami terlalu muda dan
kami masih belajar. kami tidak pernah berbincang psl perkahwinan. apa yg
dia selalu bgtau saye, dia suruh saye bersabar and tunggu beberapa tahun lg
utk kami habiskan pengajian. setakat ini, saye masih lg boleh kawal nafsu
sexual saye tp yg saye tak bole kawal adalah perasaan rindu sebab kami
berjauhan. perasaan tu la yg buat saye lalai sedikit sebyk. saye cube
tenangkan fikiran saye dgn solat sunat, baca Quran tp tu tak kekal lame.

saye harap, saudara bole tolong beritahu saye, the best way yg saye bole
buat supaya saye tidak terjebak dgn "zina hati" selain drpd berkahwin..

thank you!

Jawapan


Assalamu `alaikum Wr. Wb.


Al-Hamdulillahi Rabbil `Alamin, Washshalatu Wassalamu `Alaa Sayyidil
Mursalin, Wa `Alaa `Aalihi Waashabihi Ajma`in, Wa Ba`d

Segala puji saya panjatkan kepada Allah di atas kesempatan yang diberikan
untuk menjawab pertanyaan yang telah saudari kemukakan. Saya mengirakan
saudari tidak berapa jelas akan jawaban yang telah saya berikan tempoh
hari. Saya bermohon kepada Allah swt agar sentiasa menjaga niat kita semata
mata mencari kebenaran dan tidaklah mencari alasan dalam kebenaran utk
memuaskan hawa nafsu kita.

Semoga Allah menempatkan kita ke dalam golongan golongan yang
dikehendakinya; yang beroleh kebaikan sebagaimana yang di sabdakan oleh
Rasulullah saw:

"Apabila Allah berkehendakkan kebaikan bagi hambaNya, maka akan
difakihkannya dengan agama, di zuhudkannya dengan dunia dan diperlihatkan
kesalahan kesalahannya"
(Riwayat Baihaqi dari Anas r.a)

Sesungguhnya syaitan adalah musuh kita yang nyata, yang sentiasa menyerukan
kepada kesesatan dan kehancuran, yang sentiasa membaluti kemungkaran dengan
kebajikan untuk mengaburi mata sekelian manusia kecuali hamba hamba Allah
yang ikhlas.

"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku
sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat)
di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali
hambahamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".
(Al Hijr 15:39-40)

moral of the story::Ya Allah takutnye..banyknye dosa dalam diri ini

dipetik dr www.iluvislam.com
read more “Suatu Penjelasan”

Sunday, February 22, 2009

perkongsian


"Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu diketuk dengan tukul besi yang tajam dikepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya"
read more “perkongsian”

Monday, December 15, 2008


Saya pernah ditanya soalan begini oleh rakan saya
"Nape kau cakap kasar sangat r?"
"Nape sore ko kuat?"
"Xbleh ke cakap lembut2,sopan2"


Kepada sahabat lelakiku..hanya ini jawapannya.Maaf jika kamu tersinggung dengan perlakuanku...Aku bukan cuba berkasar cuma aku cuba utk bertegas..


"Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya memujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
"
read more “ ”