Where are you??

Showing posts with label Jeritan Batinku. Show all posts
Showing posts with label Jeritan Batinku. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

Mau sambung...

Assalamualaikum..

Entri kali ni emo skit..
Waaaa...MAU FURTHER STUDY kat oveseas,
mau2...masihkah ada peluang,
srobbb....
tula Fara dulu mak suh blaja wajin2..malas
Ha..pastu tengok membe2 study luar negara mulala sedih sendri,
Huuu...dulu budak2 lagi,
Waaa..sedihnya,
Ya Allah mungkinkah ini akan berlaku?,
Teringinnya aku..
Melihat negara orang,
Blaja gaya hidup org luar,
Sangat berharap suatu hari nanti boleh blaja ke sana..
Nak sambung master macam xberkesempatan,
Tunggu sambung PHD la..InsyaAllah,
Tp that time nak pi ngan suami..InsyaAllah,
Lagi afdhal n senangkan,
Doa2kan ye sahabat2 semua agar diri ini dapat peluang blaja di luar sana + dapat suami yg juga mahu melanjutkn pelajaran diluar negara..hehehehe....AMIN......
read more “Mau sambung...”

Wednesday, April 8, 2009

Syabab

Nukilan dr FATIMAH SYARHA dari novelnya SYABAB

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
..::[BICARA BATINKU]::..

Adakah lagi pemuda seperti ini..
Pemuda yg diimpikan utk menegakkan kemuliaan Islam,
Pemuda yg diharapkan menjadi suara2 Islam dalam menyampaikan apa itu Islam sebenarnya,
Pemuda yang sentiasa bersedia memikul beban utk mempertahankan kesucian Islam.
Alangkah indahnya dunia jika pemudanya tahu tanggungjawab sebenarnya dilahirkan di bumi ini,
Pemuda??kenapa pemuda sahaja??adakah pemudi tiada tanggungjawabnya??
Tidak kami juga ada tanggungjawab yg serupa,
Tapi tahukah kalian pemuda bahawa kamu adalah pemimpin,
Secara fitrahnya Allah jadikan kamu sebagai ketua,
Jika ketua tidak mengamalkan ajaran Islam sebenarnya,
Bagaimana kami pengikut2 pemuda??.
Ya,memang pemudi adalah sayap kiri utk pejuang,
Tapi ramaikah pemuda yg mahu menjadi pejuang??,
Ramaikah yang sanggup keluar dari zon selesa yg didiami kini??,
Hidup hanya utk segulung ijazah,master,phd kemudian bekerja,berkahwin??,
Itu tanggungjawab utk siapa??,
Utk diri sendri mungkin,
Bagaimana dengan tujuan kita dilahirkan didunia ini??
Subhanallah,
Betapa banyaknya kekhilafan diri kita ini,
Sentiasa leka dengan kenikmatan duniawi,
Sesekali pasti tergelincir diri ini,
Namun segeralah sedari,
Perbaiki diri..
Perbaiki niat,
Perbaiki hati,
InsyaAllah

Nukilan ini lebih kepada kepada diri ini.Utk memperbaiki diri setelah ape yg terjadi....Ya Allah terimalah taubatku ini

read more “Syabab”

Wednesday, March 18, 2009

Aku ingin pergi

Detik waktu terus berlalu,
Dan bumi masih berputar,
Mentari terbit dan sirna,
Tanda kiamat belum tiba.

Di sini hari ini,
Aku masih lagi kaku,
Tunduk berteleku,
Langkahku beku,
Anganku menjadi debu,
Hancur luluh hatiku.

Tak ingin aku menangis,
Itu bukti lemah!
Tak ingin aku berundur,
Itu bukti tewas!

Bangunlah, berdirilah, berlarilah.
Teruskan langkah, jangan berhenti,
Biar kakimu sakit lututmu berdarah,
Berlarilah jangan berhenti,
Bangunlah andai jatuh,
Melompatlah lebih tinggi.

Bahagia.
Bawa daku pergi,
Jauh dari derita.
Bawalah daku pergi
Dari kelam hidup ini.

Tuhan.
Bimbinglah hati ini,
Teguh menuju jalan Mu,
Bawalah daku pergi,
Biar dekat dengan Mu,
Biar mati pun,
Sanggup aku tempuhi..

dipetik dari semut2comel
read more “Aku ingin pergi”

Monday, January 26, 2009

BISMILLAH..

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang perjuangan di S A Y A P K I R I
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan ALLAH

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Biarku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya…

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Atau sesuci Maryam...seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat ALLAH
Namun...
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahidah yang rindu memburu syahid
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
read more “BISMILLAH..”

Wednesday, January 14, 2009

SEMANGAT BARU!!!!

Yes!!!..tiba2 bangun tido hari ni penuh ngan semangat! YES!!! Tak kira apa yang berlaku...aku akan teruskan perjuangan untuk mejadi seorg muslimah yang benar2 muslimah bukna sekadar penampilan shaja...DAN...aku akan teruskan perjuangan utk menjadi seorang programmer yang benar2 hebat walau terpaksa bermula dr bawah!!!!....TP ini semua jika memang aku ditakdikan utk menjadi programmer NAMUN aku akan terus berusaha ..kerna aku tahu ALLAH xkan mensia-siakan segala usaha aku....
read more “SEMANGAT BARU!!!!”

Tuesday, January 13, 2009

Hawa Yg Tak Sempurna


“Maafkan bila ku tak sempurna, cinta ini tak mampu ku cegah..Ayat2 cinta bercerita, cintaku padaMu”

Aku hawa yang masih belum layak bergelar hamba yang solehah..hamba yang masih banyak kekurangan untuk diperbaiki…masih ada dosa yang perlu di ampuni..aku hawa yang masih belum layak memiliki adam sehebat Fahri..aku sedang mempersiapkan diri..aku sedang berusaha menjadi yang lebih baik..dan doaku, adamku juga begitu..dan bila tiba saat kami di satukan dengan ijab dan kabul..aku adalah hawa yang benar2 layak untuknya dan dia juga yang terbaik untuk ku..

Kerana aku Hawa yang sentiasa berharap dan mendoakan..peneraju hidupku nanti bukan saja mampu membahagiakan aku di dunia ini..bahkan juga membahagiakan kedua ibu bapa kami, zuriat kami..dunia dan akhirat..itulah adam idamanku…biarpun harus menanti sepuluh tahun lagi..aku tidak akan jemu..moga Tuhan kurniakan aku kekuatan..amin.\


copied
read more “Hawa Yg Tak Sempurna”

Perempuan Baik Untuk Lelaki Baik

Terngiang-ngiang di telinga aku…
“Isteri yang baik untuk suami yang baik..”

Maka nekad aku…biarlah aku menjadi hawa yang tidak dimiliki mana2 adam..selagi aku belum menjadi hawa yang terbaik..selagi itulah aku tak ingin di miliki..aku percaya..jodoh ku ada menanti ku..aku percaya..tiap apa yang Tuhan aturkan pasti ada hikmahnya..dan aku percaya..jodohku masih lagi belum tiba kerana aku masih belum layak untuk dimiliki atau memiliki dan aku percaya..sang adamku sedang persiapkan dirinya, menjadi insan yang lebih baik seperti aku juga..agar bila kami dipertemukan nanti..kami adalah adam dan hawa yang soleh..yang mencintai dan merindui kerana Allah..yang mengidamkan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyambung perjuangan Rasulullah..mempunyai azam dan cita2 untuk bersatu hingga ke syurga dalam bahagia..


Tp Ya Allah,bantulah hambaMU ini aku seolah2 gagal utk melupakannya..ya Ya Allah,aku sedang mempersiapkan diri utk menjadi sayap kiri kepada seorg pejuang Ya Allah..Ya Allah temukanlah aku dgn pejuang yg sebenar2nye pejuang yg berjuang di bawah agamaMu..pejuang yg membawa aku bersama2 berjuang dengannya Ya Allah

Tp Ya Allah aku seolah sudah menyerahkan hati ini utknya...tiada lain melainkan dirinya..berdosanya diri ini Ya Allah jika aku mampu mengawal diri seperti kata2 ukhti diatas..alangkah tenangnya hidup ini..Bantulah hambaMu ini Ya Allah


read more “Perempuan Baik Untuk Lelaki Baik”

Thursday, December 18, 2008

KALO DIA BOLEH BERJAYA
AKU PUN BOLEH BERJAYA
YEAHHHH
...CHAIYOK!!!.......
NO TURNING BACK
read more “ ”

Wednesday, December 17, 2008

Nak berjaya kena usaha lebih

Sekarang kul 0507------>yes sekarang nak study PHP skit2...i'm not good in programming but it doesn't mean i cannot succes in this filed..like my sir said

"knowledge is no important wat important is courage."
"rezki is everywhere wat u need is ur usaha"
"When u get bacak try to give back"
-Musawwir-

"Sir, i will to do my best because i want change the fate of ummah.Pray for me sir...:)"
-asiah yusra-

read more “Nak berjaya kena usaha lebih”

Tuesday, December 16, 2008

Berperang dengan perasaan sendri


Ya Allah,
Tolong aku Ya Allah,
Bagi hamabaMu ini kekuatan Ya Allah,
Aku takut,
Takut terlibat dgn fitnah dunia,
Takut dengan dosa yg tidak kusedari,
Tapi Ya Allah,
Aku xmampu menghalang perasaan ini,
Sakitt YA Allah,
Tapi aku pegang pada kata-katamu Ya Allah
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"
Berikanku kekuatan Ya Allah
InsyaAllah,
Dengan izinMu Ya Rabb,
Aku akan sentiasa memperbaiki diriku YA Allah,
Maafkanku jika kadan2 aku tersasar Ya Allah,
Bantulah diri ini Ya Allah,
Berikanku kekuatan Ya Allah,
Kerna aku yakin hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik utkku,
Terima Kasih Ya Allah...:)
read more “Berperang dengan perasaan sendri”