Where are you??

Wednesday, April 8, 2009

Syabab

Nukilan dr FATIMAH SYARHA dari novelnya SYABAB

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
..::[BICARA BATINKU]::..

Adakah lagi pemuda seperti ini..
Pemuda yg diimpikan utk menegakkan kemuliaan Islam,
Pemuda yg diharapkan menjadi suara2 Islam dalam menyampaikan apa itu Islam sebenarnya,
Pemuda yang sentiasa bersedia memikul beban utk mempertahankan kesucian Islam.
Alangkah indahnya dunia jika pemudanya tahu tanggungjawab sebenarnya dilahirkan di bumi ini,
Pemuda??kenapa pemuda sahaja??adakah pemudi tiada tanggungjawabnya??
Tidak kami juga ada tanggungjawab yg serupa,
Tapi tahukah kalian pemuda bahawa kamu adalah pemimpin,
Secara fitrahnya Allah jadikan kamu sebagai ketua,
Jika ketua tidak mengamalkan ajaran Islam sebenarnya,
Bagaimana kami pengikut2 pemuda??.
Ya,memang pemudi adalah sayap kiri utk pejuang,
Tapi ramaikah pemuda yg mahu menjadi pejuang??,
Ramaikah yang sanggup keluar dari zon selesa yg didiami kini??,
Hidup hanya utk segulung ijazah,master,phd kemudian bekerja,berkahwin??,
Itu tanggungjawab utk siapa??,
Utk diri sendri mungkin,
Bagaimana dengan tujuan kita dilahirkan didunia ini??
Subhanallah,
Betapa banyaknya kekhilafan diri kita ini,
Sentiasa leka dengan kenikmatan duniawi,
Sesekali pasti tergelincir diri ini,
Namun segeralah sedari,
Perbaiki diri..
Perbaiki niat,
Perbaiki hati,
InsyaAllah

Nukilan ini lebih kepada kepada diri ini.Utk memperbaiki diri setelah ape yg terjadi....Ya Allah terimalah taubatku ini

No comments: