Where are you??

Monday, April 26, 2010

Lelaki itu...Wujudkah kamu??

Lelaki yang baik itu
Akan melamarku melalui ayah dan ibuku
Akan memetikku dari taman mereka
dengan penuh rasa hormat
dengan penuh rasa kasihkan Allah

Lelaki yang baik itu
Akan menjaga pandangan matanya
Akan menegurku dengan hemah
tidak akan menyentuhku selagi bergelar lelaki ajnabi buatku
tidak akan memilikiku tetapi mendidikku

Lelaki yang baik itu
Tidak perlu mengukir kata indah penuh lalai
Tidak perlu mengungkap kata cinta setiap hari
Tetapi akan selalu mengajarku mengucapkan kata cinta pada Allah
Akan selalu menyusun kata indah dan berseni menegur khilafku

Lelaki yang baik itu
tidak akan merasa gah dengan kuasanya
tidak akan mengaku dirinya sempurna
hanya peribadi dan iman penambat hati
kerana kumahu lelaki yang mampu membimbingku

Tetapi layakkah peribadi dan imanku memiliki kamu?
Semoga DIA mendengar permintaanku
Semoga DIA memakbulkan doaku
Kerana lelaki baik itulah yang akan mengimamkan solatku
kerana lelaki baik itulah yang kudamba sebagai suamiku.

Ilham: Siti Nurhayati Binti Dollah

read more “Lelaki itu...Wujudkah kamu??”

Tuesday, April 6, 2010

Kahwin ..


“Perkahwinan itu bukan perlawanan bola sepak. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, terus disepak sekuat hati sejauh mungkin. Sebaliknya perkahwinan itu biarlah seperti permainan ragbi. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, dipeluk digenggam dan tidak dilepaskan sama sekali” -saifulIslam.com



read more “Kahwin ..”

Monday, April 5, 2010

Open Your Eyes :- Maher zain

read more “Open Your Eyes :- Maher zain”

Saya xtau..saya rasa sedih bila dengar lagu ni

ermm...

read more “ ”

Sunday, April 4, 2010

Ibrah dari ujian itu

Assalamualaikum semua,

May be lepas ini akan mula menulis semula.Selepas berbulan-bulan meninggalkan blog ini bersawang .:).Actually 4 bulan yang lalu, saya terlalu sibuk dengan master saya. Jadi adakah saya sudah selesai master saya?.Tidak..tidak..masih banyak yang perlukan di lakukan.Doakan saya ya, sahabat-sahabat.Tapi, apa yang saya nak kongsi disini, adalah apa ibrah yang saya dapat dari proses saya menyiapkan proposal master ini.Saya rasa amat tertekan sebenarnya. Saya sering mempersoalkan kemapuan diri saya. Mampu ke saya? Saya sering memandang rendah pada diri saya. Sehinggalah satu hari saya kemukan soalan kepada sahabat-sahabat saya.

“Adakah bila kita buat sesuatu keputusan, dan sampai satu tahap, kita rasa kita tidak mampu untuk melakukannya. Then, kita terasa kita mahu berhenti. Adakah itu dikatakan kita putus asa”

Dalam banyak-banyak jawapan, saya suka jawapan seorang akak ni

“Awak dah ada dekat jalan itu. Allah dah TAKDIRkan awak ada kat jalan itu. Awak sendiri pun tahu kan surah al-baqarah ayat 286 which is Allah xkan bebankan sesuatu ujian pada hambaNya melainkan hambaNya mampu melakukannya..so, awak memang boleh melakukan…Cuma mungkin process dia lambat untuk awak boleh buat, apa yang awak boleh buat adalah usaha dan terus berusaha..Lagi satu, ka nada dalam surah ar-ra'd ayat 11 , Allah cakap, Allah xkan ubah sesuatu kaum melainkn kaum itu yang berusaha untuk mengubah diri mereka..same goes to u…usaha untuk mengubah diri..jangan risau…awak boleh buat…tinggal lagi USAHA..just proceed…Islam sekarang perlukan umat-umat Nya berada ditempat yang TINGGGI…sebab ISLAM itu sendiri TINGGI tempatnya”

Subahanallah, saya sangat terkesan dengan nasihat akak itu..Thanx akak..sangat mebina..sehinggalah sekarang, saya sudah boleh mengubah diri sendri menjadi seseorang yang lagi baik insyaAllah..tp itu semua dari Allah…Allah bagi akak itu idea utnuk menasihatkan saya..Akak itu adalah medium Allah utnutk menyedarkan saya..Waktu dalam prose situ, saya rasa betapa Allah itu Maha Penyayang dan saya gembira sebab Allah bagi ujian kepada saya. Sebab ujian Allah tanda Allah saying kitakan .. :)

Kat sini saya nak share beberapa perkataan yang saya ambil dari beberapa sumber. Baca dan fikirkan

“Takdir Allah dihujung USAHA manusia”

Tiada siapa tahu akan urusanNya

Yang aku tahu, Allah memberikan manusia itu USAHA”

“Kalau Allah izinkan kamu ditegur dengan ujian yang berat”

Jangan sesekali kamu berputus harap

Bersangka baiklah padaNya

Sesungguhnya dia tidak pernah MENGECEWAKAN hambaNya”

read more “Ibrah dari ujian itu”