Where are you??

Wednesday, August 5, 2009

Fainnamaal usri yusro!

Fainnamaal usri yusro!
'Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan'


Wahai... pemilik nyawaku,
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMu,
Kupasrah semua padaMu....

tuhan...baruku sedar...
indah, nikmat sehari itu...
tak pandai aku bersyukur..
kini aku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar...
jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah..
selama ini Ya Ilahi Muhasabah cintaku...


"Setiap usaha kita dinilai oleh Allah. Allah tidak menilai hasilnya, tapi Allah melihat setiap langkah kita menuju ke arah kebaikan itu. Sebagaimana firman Allah
'Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha memperbaiki amalannya,'.
Sememangnya susah untuk melakukan sesuatu yang baik, sebab itu perlunya istiqamah,"


"dan..sesiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikannya, diujinya dahulu dengan kesusahan.


Yakin Allah membebani kita dengan ujian ini kerana kita boleh menghadapinya. Kita seharusnya sepenuhnya yakin, Allah bersama membantu kita. Itulah janjiMu yang tercatat jelas di kitab suci. Innamaal usri yusro.
Bersama dengan janji Allah,dia bangkit berhadapan dengan hari yang mendatang!


Allah sedang menguji keikhlasan kita meyakiniNya. Kita sentiasa layak diuji, kerana kita adalah HambaNya. Ingatlah, Dia bersama kita. Insyallah, kita sama-sama berusaha dan berdoa.Allah pasti akan memberikan penyelesaian





No comments: