Where are you??

Saturday, December 20, 2008

Untukmu sahabatku...


Salam,
Tika kau menghampiri kemuncak kejayaanmu,
Ingatlah..sentiasalah bersyukur padaNya,
Kerna mentakdirkan engkau berjaya sehingga ke tahap ini,
Bersyukurlah kepadaNya kerana engkau berjaya menempuhi onak dan duri dengan berjyanya, Bersyukurlah jua kerana Allah memberi kamu kejayaan ini kerna dia sayang padamu,
Jangan sekali kamu lupa padaNya


Namun,
andai satu hari kamu jatuh rebah,

Ingatlah.. ini hanyalah satu dugaan buatmu,
Jangan engkau terus berputus asa,
kerna Allah hanya ingin mengujimu,
Jangan kamu berputus asa kerna Allah ingin melihat sejauh mana keimananmu,
Dan jangan juga kamu berputus asa kerna kamu patut tahu Allah jua sayang padamu,
Sebab itulah ia menimpakan ujian kepadamu,

"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
albaqarah:286

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji"
Al-ankabut:2

Teruskan usaha untuk menjadi MUSLIM yang berguna untuk agama.Doakan kejayaan bersama..:)

No comments: