Where are you??

Saturday, April 25, 2009

Salahudin Al-Ayubi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat sahabiah

Lama juga x update blog ini.Sekarang agak sibuk mengkhatam buku-buku yang dibeli di PESTA BUKU baru-baru ini.Antara buku yang dibeli adalah Salahudin Al-Ayubi karya Abdul Latip Talib. Sangat berkesan setiap tulisan yang dibaca sehingga mampu mengalirkan air mata memkirkan betapa hebatnya umat Islam zaman dahulu memperjuangkan agama Islam. Kita sendiri sekarang masih leka, masih berseronok, masih alpa dengan kehidupan dan kesenangan dan juga zon selesa yang kita diami.


Tidakkah kita sedar bahawa Islam kini semakin diancam??
Tidakkah kita sedar secara perlahan-lahan Islam makin hilang dari diri kita.
Dan tidakkah kita sedar musuh-musuh Islam sedang ketawa terbahak-bahak melihat umat Islam yang hilang identiti Islamnya..

Takutnya bila di dalam kubur nanti kita dipersoalkan

Apakah yang anda sudah lakukan untuk agama Islam???
Apakah yang anda lakukan ketika melihat sahabat-sahabat Islam anda hanya memegang title Islam.Tapi tidak mengamalkan Islam sepenuhnya??
Islam hanya atas nama tidak perlakuan.

Bangkitlah!!Marilah kita bangkit sahabat-sahabtku dari tidur lena ini.Keluarlah dari zon selesa kita.Tanggungjawab kita masih belum selesai.Islam memerlukan syabab yang kuat dari segi mental dan fizikal untuk mengembalikan kegemilangan Islam.Tidakkah kita semua rindu akan negara yang mengamalkan Islam sepenuhnya. Tiada lagi rasuah.Tiada lagi penganiayaan terhadap kanak-kanak.Tiada lagi kes rogol.Tiada lagi pemimpin yang hanya mementingkan diri-sendiri.Tiada lagi korupsi.Terlalu banyak yang diharapkan.Semuanya hanya akan menjadi kenyataan jika umat Islam benar-benar menjadikan Islam sebagai panduan hidup.

Sesungguhnya aku amat merindukan dan mengharapkan itu semua terjadi.Ayuh sahabat-sahabatku.Usah leka dengan dunia cintamu.Usah leka dengan dunia hiburanmu.Usah leka dengan zon selesamu.Tugas kita masih belum selesa.Kita perlu menyambung perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Islam tercinta.Jangan jadikan alasan tidak mampu, kurang pengetahuan agama, segan, malu dan berbagai lagi alasan.Itu adalah alasan semata-mata. Tidakkah kamu malu dengan kanak-kanak di Palestin yang menentang Israel hanya dengan membaling batu pada kereta kebal laknatullah itu. Kita??apa yang kita buat? Hanya mampu melihat di kaca tv dan melahirkan simpati?Bukan simpati yang Islam perlukan.Islam perlukan umat-umatnya bersatu. Bersatu menegakkan Islam tercinta. Marilah sahabat. Tidakkah kita semua mahu mati syahid dan seterusnya memasuki syurga firdausi idaman setiap pejuang-pejuang Islam.

Maaf sahabt jika kata-kataku terlau emosi. Aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun aku juga sedar, jika aku terus menerus melakukan kesilapn, jika aku terus menerus mendiamkan diri, sampai bila Islam akan berdiri gah dan sampai bila Tamadun Islam akan berulang kembali.Aku rindukan itu semua sahabat.Marilah kita bersatu padu dalam mengakkan Islam tercinta. Aku seorang tidak mampu sahabat. Aku perlukan kalian semua. Aku tidak penting sahabat. Tapi ISLAM!ISLAM perlukan kalian semua..Jangan lupa tanggungjawab sebenar kita di muka bumi ini sahabat.Kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.Ayuh sahabat..Ayuh kita menuju Tamanadun Islam yang diidam-idamkan.

~ Together WE make history for our ummah. ~


l

2 comments:

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

isk...xbaik sungguh..
tertarik pada kaler entry ni..
nice..
then baru baca content
ampun cikfa..

AsIAh YuSRa said...

cikna,
kamu sangat sengal,
cikna,
jiwa saya kacau..
cikna saya miss "-_-